Make your own free website on Tripod.com

Bagaimana bulan mempengaruhi kita


Pada waktu malam bulan memantulkan sebahagian kecil cahaya dari matahari ke bumi. Oleh itu bulan membantu kita melihat sesuatu dengan lebih jelas pada waktu malam. Pasang-surut di lautan juga dipengaruhi oleh bulan. Tarikan graviti bulan menyebabkan air di lautan terhimpun. Kadangkala bulan lalu di antara bumi dan matahari lalu melindungi sebahagian cahaya dari matahari. Keadaan ini dinamakan gerhana matahari. Jika seluruh matahari terlindung, bumi akan menjadi gelap. Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara bulan dan matahari.

Halaman bulanCiri-ciri permukaan bulanBagaimana bulan mempengaruhi kitaAtmosfera bulan