Fakta bulan

Garis pusat bulan ialah lebih kurang 3,476 km, iaitu lebih daripada 1/4 garis pusat bumi. Jarak bulan ialah 354,366 km ketika hampir dan 404,320 km ketika paling jauh. Oleh kerana bulan kecil, gravitinya kurang. Di bulan anda boleh melompat enam kali lebih tinggi daripada jika anda di bumi. Bulan mengambil masa 29.5 hari untuk berputar sekali pada paksinya. Oleh itu satu hari siang bulan bersamaan dengan dua minggu di bumi. Umur bulan dianggarkan 4,500 juta tahun dan ia hampir sebaya dengan bumi.

Halaman bulanCiri-ciri permukaan bulanBagaimana bulan mempengaruhi kitaAtmosfera bulan